Pertikaian dan konflik politik yang berlaku di kalangan para sahabat sehingga menumpahkan darah ribuan umat Islam tidak dapat dinafikan. Sejarah Islam awal yang sering diceritakan hanya penuh dengan keindahan dan kebaikan harus diulang baca. Para sahabat yang mulia yang suatu ketika pernah bersama-sama mendapat didikan daripada titik peluh baginda Nabi SAW bukanlah para malaikat yang tidak mempunyai hawa nafsu, tetapi mereka juga adalah manusia yang melakukan kesilapan seperti kita.
Namun, ada sekelompok umat Islam yang menolak dan menghalang daripada pembacaan semula terhadap sejarah ini kerana dengan itu kata mereka, bakal menjejaskan dan menjatuhkan kedudukan para sahabat RA yang mulia. Ada pula sekelompok lagi yang membaca sejarah ini bukan dengan kacamata kritis dan analitik, tetapi dengan kacamata yang penuh dengan dendam dan kesumat.
Buku ini ditulis bukan bertujuan untuk mengulas dengan terperinci segala persengketaan yang berlaku 1400 tahun yang lepas, tetapi meletak dan menyusun semula asas-asas bagi para pengkaji yang ingin melakukan penelitian dan pembacaan semula terhadap kisah sejarah ini.
- Prakata oleh Dr Mohamed El-Moctar El-Shinqiti
- Uraian oleh Dr Ahmad Nabil Amir
- Uraian oleh SS Dato’ Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
- Kata Pengantar oleh Dato Wira Ustaz Abdul Ghani Shamsudin
Reviews
There are no reviews yet.