Risalah Al-Qur’an – Jilid II

Oleh: Muhammad Asad

Kitab Risalah al-Qur’ān – Jilid II ini adalah daripada Sūrah Al-Ra’d hingga Sūrah Shad. Tafsirannya mengemukakan gagasan pembaharuan dan ijtihād, pemugaran fikrah dan kekuatan falsafah rasional, kebangkitan budaya, dan pemacuan tradisi intelek yang segar. Kata Muhammad Asad dalam Prakatanya kepada tafsir ini:

“Setiap ayat atau pernyataan al-Qur’ān ditujukan kepada akal dan kerana itu harus dapat difahami..”

Sebagai seorang cendekiawan yang menguasai beberapa bahasa Semitik, beliau mengetahui bahawa al-Qur’ān adalah sebuah kitab yang kompleks. Baginya, dalam konteks penterjemahan al-Qur’ān tidak bisa disamakan dengan penerjemahan karya sastra seperti karya Shakespeare maupun Plato.

Sebagai ahli bahasa, Asad tetap menjadikan huraian aspek al-i’jaz al-balaghy (kebahasaan) al-Qur’ān sebagai fokus tumpuan penafsirannya. Hal ini juga didukung oleh keinginannya untuk menjaga ketersampaian makna dalam al-Qur’ān tetap terjaga. Dan dari segi pertimbangan metodologi, sumber serta perhatian pada aspek kebahasaan dan fokus pada penyampaian makna, tafsir The Message of the Qur’ān ini dapat dikategorikan sebagai tafsir dengan corak Adābi al-Ijtimā’iyy. Alasan kuat lain yang mendasari argumen ini ialah pernyataan Asad sendiri yang mengakui bahwa dirinya terpengaruh pada pola pemikiran tafsir Muhammad Abduh dengan Al-Manār-nya. Di mana Abduh sendiri merupakan perintis dari corak kehadiran tafsir Adābi Al-Ijtima’iyy ini. Apa yang jelas, keseluruahan matlamat yang ingin dicapai oleh Muhammad Asad dalam tafsirnya ini terserlah dalam Prakatanya sendiri:

“Semangat al-Qur’ān tidak dapat difahami sepenuhnya sekiranya kita membacanya hanya dalam rangka perkembangan ideologi setelah zaman turunnyanya al-Qur’ān itu sendiri, serta terlepas dari menilik tujuan dan maknanya yang asli. Pada kenyataan yang sebenar kita telah terikat dan menjadi tawanan intelek kepada yang lain yang juga telah tertawan oleh pemikiran yang lepas dan hanya sedikit yang dapat disumbangkan kepada kebangkitan Islam dalam dunia moden.”

RM45.40

Out of stock

E-book version
Category:
Softcover: 664
Publisher: Islamic Renaissance Front (October, 2021)
Language: Malay
ISBN: 978-967-16819-2-3
Product Dimensions: 7 x 9

Synopsis – Risalah Al-Qur’ān – Jilid II

Kitab Risalah al-Qur’ānJilid II ini adalah daripada Sūrah Al-Ra’d hingga Sūrah Shad. Tafsirannya mengemukakan gagasan pembaharuan dan ijtihād, pemugaran fikrah dan kekuatan falsafah rasional, kebangkitan budaya, dan pemacuan tradisi intelek yang segar. Kata Muhammad Asad dalam Prakatanya kepada tafsir ini: 

“Setiap ayat atau pernyataan al-Qur’ān ditujukan kepada akal dan kerana itu harus dapat difahami..”

Sebagai seorang cendekiawan yang menguasai beberapa bahasa Semitik, beliau mengetahui bahawa al-Qur’ān adalah sebuah kitab yang kompleks. Baginya, dalam konteks penterjemahan al-Qur’ān tidak bisa disamakan dengan penerjemahan karya sastra seperti karya Shakespeare maupun Plato.

Sebagai ahli bahasa, Asad tetap menjadikan huraian aspek al-i’jaz al-balaghy (kebahasaan) al-Qur’ān sebagai fokus tumpuan penafsirannya. Hal ini juga didukung oleh keinginannya untuk menjaga ketersampaian makna dalam al-Qur’ān tetap terjaga. Dan dari segi pertimbangan metodologi, sumber serta perhatian pada aspek kebahasaan dan fokus pada penyampaian makna, tafsir The Message of the Qur’ān ini dapat dikategorikan sebagai tafsir dengan corak Adābi al-Ijtimā’iyy. Alasan kuat lain yang mendasari argumen ini ialah pernyataan Asad sendiri yang mengakui bahwa dirinya terpengaruhh pada pola pemikiran tafsir Muhammad Abduh dengan Al-Manar-nya. Di mana Abduh sendiri merupakan perintis dari corak kehadiran tafsir Adābi Al-Ijtima’iyy ini.

Apa yang jelas, keseluruahan matlamat yang ingin dicapai oleh Muhammad Asad dalam tafsirnya ini terserlah dalam Prakatanya sendiri:

“Semangat al-Qur’ān tidak dapat difahami sepenuhnya sekiranya kita membacanya hanya dalam rangka perkembangan ideologi setelah zaman turunnyanya al-Qur’ān itu sendiri, serta terlepas dari menilik tujuan dan maknanya yang asli. Pada kenyataan yang sebenar kita telah terikat dan menjadi tawanan intelek kepada yang lain yang juga telah tertawan oleh pemikiran yang lepas dan hanya sedikit yang dapat disumbangkan kepada kebangkitan Islam dalam dunia moden.

Additional information

Weight 0.800 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Risalah Al-Qur’an – Jilid II”

Your email address will not be published.

You may also like…

Shopping cart
There are no products in the cart!
Continue shopping
0