Islam, Autoritarianisme, Dan Kemunduran Bangsa: Suatu Perbandingan Global dan Pensejarahan

RM65.00

78 in stock

Category:

Perbahasan tentang kemunduran dalam dunia Islam telahpun semarak sejak dari 200 tahun yang lampau dengan kedatangan kuasa-kuasa kolonialisme ke dunia Islam. Namun begitu, ia kekal sebagai perbahasan yang agak dangkal antara kedua-dua ekstrim – mereka yang menyerang Islam dan mengatakan yang ia sebagai punca kemunduran; dan mereka yang senantiasa menyalahkan kuasa kolonialisme bagi sebarang masalah di dalam dunia Islam.

Tetapi buku ini melakarkan sesuatu yang berlainan, yang disokong oleh statistik dan manuskrip-manuskrip silam, bahawasanya kemunduran itu adalah daripada kesan struktur yang lahir kemudiannya dalam sejarah umat Islam seperti penginstitusian kuasa aparat agama yang tiada mempunyai sebarang kebebasan untuk bersuara melainkan apa yang telah ditentukan oleh kuasa negara. Dan juga satu lagi penghadang besar adalah akibat dari peminggiran golongan intelektual dan pakar-pakar ekonomi daripada kalangan usahawan dengan mengguna-pakai undang-undang yang bersifat mencengkam demi untuk mengawal-selia mereka ini.

Perkara yang sedemikian ini adalah sesuatu yang baru di dalam Islam kerana ia tidak pernah wujud dalam abad-abad awal Islam berkembang yang dengan kerananya itu, kaum Muslimin telah dapat mencipta tamadun yang gilang gemilang yang bertahan selama beberapa kurun. Apa yang jelas, penulis buku ini tidak ingin untuk memaksakan pendapatnya malahan mempersembahkan kesemua pendapat termasuk pendapatnya sendiri serta memberikan ruang kepada para pembacanya untuk membuat kesimpulan mereka sendiri. Kita mungkin bersetuju atau tidak dengan pendapat dan saranan yang ada di dalam buku ini, tapi apa yang pasti, selepas membaca buku ini, kita mungkin akan melihat isu kemunduran umat Islam ini dengan kacamata yang berbeza.

Softcover : 381 pages
Publisher : Islamic Renaissance Front (Jan, 2024)
Language : Malay
ISBN : 978-967-26388-3-4
Product Dimensions : 6 x 9 x 1
Price : RM65

 

Additional information

Weight 0.800 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Islam, Autoritarianisme, Dan Kemunduran Bangsa: Suatu Perbandingan Global dan Pensejarahan”

Your email address will not be published.

Shopping cart
There are no products in the cart!
Continue shopping
0