Rekonstruksi Pemikiran Keagamaan Dalam Islam

RM60.00

Category:
Softcover: 346
Publisher: Islamic Renaissance Front (May, 2019)
Language: Malay
ISBN: 978-967-15201-0-9
Product Dimensions: 6 x 9 x 0.7

Buku Rekonstruksi Pemikiran Keagamaan Dalam Islam ini merupakan kumpulan siri syarahan Allamah Muhammad Iqbal antara tahun 1928 hingga 1930. Ia menghimpunkan lontaran idea dan warisan pemikiran Iqbal yang luar biasa tentang ijtihad, intuisi, metafizik, falsafah esoteric Islam, tajdid dan pembaharuan pemikiran; yang melakarkan pernyataan yang autentik tentang ideologi dan pemikiran Iqbal yang mendasar.

Ia adalah sebuah karya penting Iqbal yang memaparkan idea-ideanya tentang pemikiran keagamaan, pemahaman tauhid, reformasi budaya, dan persuratan Islam. Buku ini memuatkan tujuh bab perbahasan dengan menggariskan tema-tema ringkas seputar pengetahuan dan pengalaman beragama, falsafah, konsep ketuhanan, wahyu, semangat kebudayaan Islam, prisip pergerakan dalam struktur Islam, keegoan manusia, serta kebebasan dan kelestariannya. Iqbal menegaskan aspirasi perubahan, kemodenan, dan ijtihad yang jelas dengan mengungkapkan:

Did the founders of our school ever claim finality for reasoning and interpretation?

Never!!

Penegasan ini lahir daripada inspirasi pembaharuan yang dicetuskan oleh Sir Sayyid Ahmad Khan dan merupakan penerusan kepada gagasannya dalam pencarian satu kerangka untuk memahami Islam dari perspektif moden. Dalam buku ini, Iqbal telah melakarkan visi Islam yang signifikan dan jelas ke arah rekonstruksi pemikiran dan ijtihad. Himbauan yang cekal dan berani, serta jauh melangkaui zamannya, yang dianggap tidak memahaminya. Sesungguhnya idealisme perubahan ini, yang dihimbau dalam karangannya ini, adalah demi untuk menggerakkan kesedaran agama dan mencetuskan kebangkitan serta menggembeling wacana perubahan serta pengembangan ijtihad.

Buku ini boleh didapati di ilhambooks, mesej ke Facebook IRF atau email ke [email protected]

Additional information

Weight 0.800 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Rekonstruksi Pemikiran Keagamaan Dalam Islam”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart
There are no products in the cart!
Subtotal
RM0.00
Total
RM0.00
Continue Shopping
0