Antologi Seminar Pemikiran Reformis – Jilid I ini merupakan esei-esei yang dibentangkan semasa siri Seminar Pemikiran Reformis yang membincangkan pemikiran para reformis Islam dari Timur hingga jauh ke Barat. Antologi I ini memuatkan sembilan siri seminar sebelum ini yang membicangkan tokoh-tokoh reformis seperti Buya Hamka, Pendeta Za’ba, Syed Shaykh al-Hady, Muhammad Asad, Ibnu Taimiyyah, A. Hassan Bandung, Ali Shariati, Mohammad Natsir, dan Muhammad Iqbal.
Sesungguhnya harus difahami bahawa intipati daripada pemikiran reformis berakar daripada prinsip untuk tidak mengubah umat Islam hari ini menjadi pentaqlid umat Islam yang terdahulu. Dengan berpegang teguh pada prinsip ini, maka mereka menyuruh kita mencari bagaimanakah caranya untuk hidup pada zaman kita sendiri. Pemikiran reformis yang dicanang oleh sekelian para penggeraknya sepanjang zaman ini menuntut sebagai keperluan yang pertama, pengetahuan tentang risalah Islam yang komprehensif, akan prinsipnya yang universal, dan alat yang tersedia untuk membantu umat manusia menyesuaikan diri dengan masyarakatnya, dan juga untuk mengubah dunia.
Pemikiran reformis ini juga menuntut sebuah revolusi intelek yang sebenar yang memungkinkannya untuk mendamaikan kesyumulan nilai-nilai Islam dengan suasana sosio-politik duniawi masakini, untuk membangunkan pemikiran yang kritis, untuk membuat pilihan dengan menggunakan akal, dan istiqamah dengan tidak bertaqlid sama ada kepada masa lampau atau yang pada masakini. Dan pemikiran reformis ini juga menuntut penyesuaian dan penyatuan nilai yang tidak berbentur lalu menjadikan ia milik kita sungguhpun jika ia berasal dari luar lingkungan Islam itu sendiri. Demikianlah intisari daripada pemikiran para reformis sepanjang zaman.
- Sinopsis
- Prakata oleh YB Saari Sungib
- Kata Pengantar Editor oleh Dr Ahmad Farouk Musa
- Rangsang Sari oleh Dr Faisal Tehrani
- Uraian oleh Dr Azhar Ibrahim
Reviews
There are no reviews yet.