Synopsis – Risalah Al-Qur’ān – Jilid III
Kitab Risalah al-Qur’ān – Jilid III ini adalah daripada Sūrah Az-Zumar hingga Sūrah An-Nās. Kata kunci bagi tafisr ini adalah: li-qaumin yatafakkarūn – bagi kaum yang berfikir.
Dalam menggarap kefahaman asas dari ungkapan li qawmin yatafakkarūn ini, kita harus meninjau secara kritis beberapa frasa lain yang terikat dengan konsep ini seperti ungkapan ulu al-albab, yang digunakan sebanyak 16 kali dalam al-Qur’ān, yang mengkiaskan tentang kesatuan yang utuh dari pemikiran dan peribadi orang yang beriman, yang mana akal, pengetahuan, dan kemahirannya tunduk kepada norma dan petunjuk wahyu.
Kerana itu dalam merumuskan kefahaman dari 16 ayat ini, al-Qarādawi dalam bukunya al-‘Aql wa-al-‘Ilm fi al-Qur’ān al-Karīm (Akal dan ilmu dalam al-Qur’ānul Karīm) dalam bab “Ishadat al-Qur’ān bi-uli al-albāb wa- al-nuha” menyimpulkan: ‘aqlāniyyat hādha al-Qur’ān wa-‘aqlāniyyat risālatih yang membawa arti “ayat-ayat tersebut menunjukkan dengan jelas keintelektualan al-Qur’ān ini dan keintelektualan risalahnya.”
Sesungguhnya Muhammad Asad telah menggagaskan prinsip Islam yang rasional dalam tafsirnya yang memberi penekanan untuk mengangkat nilai pembaharuan dan ijtihād. Fikrah Islam yang universal dan konstruktif ini dimanifestasikan dalam tafsirnya yang digarap dari pandangan mufassir dan fuqaha’ yang muktabar. Apa yang jelas yang dapat dihirirup daripada pembacaan yang teliti akan Risalah Al-Qur’ān ini ialah ia dapat menyebarkan perasaan “kepuasan intelektual dan spiritual” kepada mereka yang mentadabbur akan ayat-ayat tafsirannya.
Sepertimana dalam prolognya yang ditulis terhadap kitab tafsir ini, Gai Eaton, seorang sarjana Islam British yang terkemuka, menghuraikan tentang kontribusi yang besar yang dilakarkan oleh Muhammad Asad dalam penghasilan karya ini dengan katanya:
“Versi al-Qur’ān yang paling bermenafaat dan instruktif yang kita peroleh dalam bahasa Inggeris. Lelaki yang luar biasa ini telah melakukan apa yang direncanakannya untuk dilakukan, dan adalah diragui sama ada pencapaiannya ini akan bisa ditandingi”
Atau seperti kata Professor Ahmad Syafii Maarif, Mantan Ketua Muhammadiyah:
“Muhammad Asad adalah di antara mufasir kontemporer yang mampu menghubungkan alam pikiran klasik yang berkembang dalam peradaban Islam dengan suasana kekinian yang sarat dengan tantangan.”
Reviews
There are no reviews yet.