Risalah Al-Qur’an – Set Lengkap (3 Jilid)

Oleh: Muhammad Asad

Kitab Risalah al-Qur’ān – Jilid I,II & III ini adalah daripada terjemahan The Message of the Qur’ān yang diusahakan oleh Muhammad Asad selama lebih 17 tahun membawa pesan yang signifikan dari kata kuncinya li qawmin yatafakkarun (untuk kaum yang berfikir). Ia menegaskan pandangan dan kefahaman rasional dan intelek yang melatari perbincangannya yang ekstensif terhadap ayat al-Qur’ān. Tema ini diketengahkan bagi merekonstruksi dan memperbaharui pemikiran dan merealisasi idealisme perubahan dan ijtihad. Ia melaungkan suara islah dan tajdid bagi umat Islam di zaman moden ini seiring dengan agenda perubahan yang dicanangkan oleh Imam Muhammad Abduh.

Muhammad Asad, atau nama asalnya Leopold Weiss (1900-1992) adalah salah seorang pemikir Islam teragung yang pernah hidup, akan tetapi hampir tidak di kenali di Barat dan suatu misteri bagi kebanyakan orang Islam sendiri. Tetapi, kepada mereka yang mengikuti kehidupannya melalui buku-buku dan penulisannya, pasti mengetahui bahawa tidak ada seorangpun yang lebih banyak memberi sumbangan di dalam zaman ini terhadap kefahaman Islam dan kebangkitan umat Islam, atau berkerja lebih keras untuk membina jambatan diantara Timur dan Barat, melebihi daripada Muhammad Asad.

Kitab tafsir ini menganalisis dengan mendalam karya-karya tafsir klasik dan mazhab tafsir fuqaha’, mutakallimun dan usul di zaman pertengahan. Beliau mengangkat kefahaman rasional dan saintifik dan mempertahankan idealisme dan semangat Islam yang kental dalam tafsirnya. Tafsir ini diangkat daripada kefahaman ayat yang ekstensif yang dikemukakan oleh mufassir daripada mazhab sunni, muktazili, dan zahiri seperti at-Tabari, az-Zamakhshari, ar-Rāzi, Ibn Kathir, Abu Muslim al-Isfahāni, Ibn Hazm, Muhammad Abduh, Rashid Rida, Mustafa al-Marāghi dan yang seangkatan dengan mereka.

RM100.00

Out of stock

Category:
Softcover: 1838
Publisher: Islamic Renaissance Front (October, 2021)
Language: Malay
ISBN: 978-967-16819-0-9
Product Dimensions: 7 x 9

Kitab Risalah al-Qur’an ini adalah daripada terjemahan The Message of the Qur’an yang diusahakan oleh Muhammad Asad selama lebih 17 tahun membawa pesan yang signifikan dari kata kuncinya li qawmin yatafakkarun (untuk kaum yang berfikir). Ia menegaskan pandangan dan kefahaman rasional dan intelek yang melatari perbincangannya yang ekstensif terhadap ayat al-Qur’an. Tema ini diketengahkan bagi merekonstruksi dan memperbaharui pemikiran dan merealisasi idealisme perubahan dan ijtihad. Ia melaungkan suara islah dan tajdid bagi umat Islam di zaman moden ini seiring dengan agenda perubahan yang dicanangkan oleh Imam Muhammad Abduh.

Additional information

Weight 0.800 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Risalah Al-Qur’an – Set Lengkap (3 Jilid)”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like…

Shopping cart0
There are no products in the cart!
Continue shopping
0