Sale!

Reformasi Radikal: Etika Islami dan Pembebasan

Oleh: Tariq Ramadan

Dalam buku ini Ramadan mengalamatkan masyarakat dan komuniti Islam di mana-mana dengan seruan yang berani kepada reformasi radikal. Beliau mencabar mereka yang berhujah secara defensif bahawa reformasi adalah merbahaya dan penyimpangan luar, dan pengkhianatan kepada agama.

RM52.00

Out of stock

E-book version
Categories: ,
Softcover: 444
Publisher: Islamic Renaissance Front (May, 2019)
Language: Malay
ISBN: 978-967-15201-2-3
Product Dimensions: 6 x 9 x 1

Tariq Ramadan telah tampil sebagai satu suara yang terkehadapan daripada para reformis Islam di Barat, yang terkenal kerana saranannya kepada umat Islam untuk terlibat sepenuhnya dalam kehidupan sivil dalam masyarakat Barat di mana mereka tinggal.

Dalam buku ini Ramadan mengalamatkan masyarakat dan komuniti Islam di mana-mana dengan seruan yang berani kepada reformasi radikal. Beliau mencabar mereka yang berhujah secara defensif bahawa reformasi adalah merbahaya dan penyimpangan luar, dan pengkhianatan kepada agama. Reformasi yang sebenar, katanya, sentiasa berakar dalam sumber tekstual Islam, tujuan spiritual dan tradisi intelektualnya. Tetapi gerakan reformis yang berasaskan kepada pembacaan yang diperbaharui terhadap sumber tekstual dengan menggunakan manhaj dan kategori tradisional hanya berhasil mencapai respon yang adaptif terhadap krisis yang mendepani dunia global. Pembacaan tersebut, Ramadan berhujah, telah mencapai batas daripada kegunaannya.

Ramadan menyeru kepada reformasi radikal yang melangkaui adaptasi bagi membayangkan solusi yang berani dan kreatif untuk mentransformasi masyarakat kita di masa ini dan masa depan. Pendekatan yang baru ini mencabar sumber sejarah yang tertegak, kategori, objektif-objektif tertinggi, sarana, dan metodologi hukum dan fiqh Islam, dan geografi autoriti daripada pengetahuan tradisional ini yang telah diberikan kepada para ulama tekstual. Beliau mengusulkan geografi yang baru yang mendefinisikan semula sumber dan tujuan spiritual dan etika hukum yang menciptakan ruang bagi autoriti ulama daripada sains sosial dan sains tabii. Hal ini akan menyiapkan reformasi transformatif ini dengan pengetahuan spiritual, etika, sains dan saintifik yang perlu untuk menangani cabaran kontemporer.

Ramadan berhujah bahawa reformasi radikal menuntut tidak hanya sumbangan ulama’ yang setara dalam kedua-dua teks dan konteks tetapi juga keterlibatan yang kritis dan imaginasi yang kreatif daripada para intelektual dan kelompok massa Muslim. Saranan bagi reformasi radikal ini secara dramatik mengalihkan pusat graviti kekuasaan. Ia pastinya mengundang kontroversi dan mencetuskan perdebatan dan polemik di kalangan Muslim dan juga yang bukan Muslim.

 

Additional information

Weight 0.800 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Reformasi Radikal: Etika Islami dan Pembebasan”

Your email address will not be published.

You may also like…

Shopping cart
There are no products in the cart!
Continue shopping
0